Isnin, 5 Februari 2018

5 LOKASI MENARIK MEMBORONG DI GUANGZHOU


5 LOKASI MENARIK MEMBORONG DI GUANGZHOU
1. Zhan Xi Lu (Lu dalam bahasa Chinese membawa maksud jalan) So, Zhan Xi Lu bermaksud Zhan Xi Road/Jalan Zhan Xi. Cara sebutan dalam bahasa Melayu “Can Si”.
Okay, apa yang menarik & ada di lokasi memborong di Guangzhou ketika di Zhan Xi Lu? Di sini terdapat lebih 10 lokasi memborong atau plaza-plaza borong yang terdapat di sini. Di antaranya:
(a) Lokasi Borong Kasut Lelaki/Wanita
(b) Lokasi Borong Pakaian dalam Wanita/Lelaki
(c) Lokasi Borong Pakaian Lelaki Berjenama
(d) Lokasi Borong Pakaian Wanita Berjenama
(e) Lokasi Borong Seluar Jeans
Dan banyak lagi. Rugi jika datang nak memborong di Guanghzou jika tidak ke Zhan Xi Lu. Padat dengan manusia yang begitu ramai sekali menjadi tumpuan bisnesman-bisnesman dari dalam dan luar negara.
2. Yide Lu (Yide Road/Jalan Yide): Di sini terdapat Lokasi Borong Toys/Permainan Kanak-Kanak/Cenderahti/Alat Tulis.
Di sini menjadi tumpuan juga para peniaga-peniaga untuk memborong di Guangzhou. Kebanyakannya plaza atau lokasi borong di sini adalah Toys/Permainan Kanak-Kanak. Pastikan beli secara borong/kuantiti yang banyak. Contohnya lebih 100 unit, barulah dapat harga borong. Pastikan ambil masa 1 hari memborong di Guanghzou di Lokasi Borong Yide Lu.
3. Nang Fang da Sha/Pusat Borong Gadget: Di sini Lokasi Borong terbesar barang-barang gadget phone seperti; kabel telefon, phone charger, power bank, gadget2 terkini untuk telefon dan banyak lagi. Ada 4-5 bangunan borong di sini, dan kalau tak silap saya, lebih 4,000 kedai atau supplier terdapat di sini.
Boleh buat belian secara retail mahupun secara borong dengan harga yang sangat murah. Kebanyakan peniaga-peniaga gadget di Malaysia, mendapatkan stok barang gadget di sini. Lokasi memborong di Guangzhou di Plaza gadget ini adalah pilihan utama pemborong gadget dari seluruh dunia!
4. Fashion designer/Pengusaha Tudung/Owner Pakaian/Mahupun Tukang Jahit, pastinya akan teruja jika datang Lokasi Borong di Guangzhou di Pusat Borong FABRIC & ACCESORIES.
Lokasi Borong Guangzhou yang ke-4 saya nak kenalkan ialah Pusat Borong FABRIC & ACCESORIES/famous dengan nama ZHONGDA FABRIC MARKET.
Keluasan kawasan borong di Zhongda Fabric Market Guangzhou ini ialah seluas 5k.m persegi. Terdapat lebih 5,000 supplier atau kedai borong fabric dan juga aksesori jahitan. Pastinya menggila jika datang ke sini.
Tips jika ke nak memborong di Guangzhou/Lokasi Borong FABRIC & ACCESORIES:
(a) datang awal pagi (9:30pagi)
(b) spend masa 1 hari di sini jika betul-betul nak explore dan cari barang borong
(c) bawa bekalan makanan seperti roti dan sebagainya (tiada restoran makanan Halal di sini) Tetapi, ada Satay Kambing yang sangat Lazat di tengah-tengah bangunan kawasan borong di sini
(d) jika buat pembelian kain/fabric yang banyak, terus buat urusan penghantaran ke Warehouse atau Hotel, kiat tak mampu membawa pulang dengan menaiki Metro atau Taxi.
5. One Link International Plaza
Di sini, Lokasi Memborong di Guangzhou yang terkenal di Guangzhou/China. Terdapat pelbagai barangan am/lukisan-lukisan/hiasan rumah di sini. Menggila juga jika ke sini, kerana ada barang yang sukar di dapati dari tempat lain terdapat di sini.
.
.
Next Trip: MAR-APR-MAY 2018
.
detail Lanjut contact saya directly:
.
COACH SHAH / COACH GEENA:
.
Whatsapp Shah: http://tripguangzhou.wasap.my
Website:
https://www.tripbisnesguangzhou.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan